Penyeludup tetap hantar RON95 ke Thailand

Penyeludup tetap hantar RON95 ke Thailand

KENDERAAN penyeludup tetap melakukan kegiatan haram mereka dengan membawa bahan bakar itu untuk dijual ke Thailand. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kumpulan penyeludup tetap memilih ‘menghantar’ RON95 tanpa subsidi ke Thailand dengan menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa buah stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor dekat sini mendapati, aktiviti tersebut masih rancak berlaku walaupun sebelum itu anggota penguat kuasa membuat rondaan rutin.

Lebih mengejutkan, kebanya­kan penyeludup memilih tidak menebus kuota inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) yang ditawarkan sehingga 300 liter, sebaliknya mengisi petrol tanpa subsidi pada harga RM2.60 seliter.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Derahman, 42, berkata, kenderaan penyeludup kelihatan menjalankan kegiatan tersebut walaupun harga runcit RON95 tanpa subsidi telah ditetapkan pada RM2.60 seliter mulai semalam.

“Kenderaan penyeludup keluar masuk ke pangkalan haram untuk membawa petrol dan seterusnya dihantar ke Thailand menggunakan bot enjin galah,” katanya.

Sementara itu, seorang penyeludup yang mahu dikenali Sulaiman, 55, berkata, walaupun petrol mahal dijual tanpa subsidi, ia tidak menghalang bahan bakar tersebut diseludup ke Thailand kerana harganya lebih mahal di negara jiran itu.

Katanya, harga bahan bakar itu dijual antara RM3.50 hingga RM4 seliter kepada kumpulan penyeludup.

“Kami memilih mengisi petrol tanpa subsidi walaupun layak untuk menebus BUDI95. Kalau tebus BUDI95 untuk diseludup petrol itu, ia tidak berbaloi kerana kuotanya hanya 300 liter.

“Sehari sudah habis kuota itu, lebih baik beli petrol tanpa subsidi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN