TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan memanggil dua menteri pelampau, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich untuk menghadiri mesyuarat tergempar yang membincangkan cadangan pertukaran tahanan dan gencatan senjata dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Keluarga tahanan Israel yang masih berada di Gaza meluahkan kebimbangan kedua-dua menteri itu mungkin menggagalkan rundingan damai tersebut. Ketua pembangkang, Yair Lapid, menegaskan pada Sabtu Ben-Gvir dan Smotrich tidak akan mampu menggagalkan pelan Trump…










