Pelancong Israel ditahan curi sampul derma di pusat urut Pattaya

Pelancong Israel ditahan curi sampul derma di pusat urut Pattaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang pelancong warga Israel ditahan selepas didakwa mencuri sampul derma dari sebuah pusat urut berhampiran Pantai Pattaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 2 pagi semalam, di sebuah pusat urut tradisional Thai di Soi 5, berhampiran Jalan Pantai Pattaya.

Suspek yang pada awalnya memperkenalkan diri sebagai Bar Bigger didakwa memberikan nama palsu kepada polis dan wartawan.

Lelaki itu dipercayai warga Israel berusia 36 tahun.

Menurut kakitangan pusat urut, lelaki berkenaan membayar 300 baht (RM38) untuk sesi urutan selama sejam ketika premis hampir ditutup.

Namun, dia dilaporkan menjadi berang dan menuntut bayaran dikembalikan.

Apabila dimaklumkan bayaran tidak boleh dipulangkan kerana perkhidmatan telah pun diberikan sepenuhnya, suspek dikatakan bertindak agresif.

Dalam keadaan marah, suspek dilaporkan merampas beberapa sampul derma dari kaunter yang sepatutnya disumbangkan kepada Wat Tham Pha Thong di wilayah Phetchabun, sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki.

Sampul berkenaan dipercayai mengandungi derma tunai yang dikumpul oleh pekerja dan rakan-rakan untuk tujuan keagamaan.

Terkejut dengan kejadian itu, kakitangan pusat urut segera membunyikan amaran dan meminta pertolongan, menyebabkan beberapa penunggang teksi motosikal berhampiran bertindak mengejar suspek.

Suspek berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas menunjukkan insiden kecurian serta adegan susulan ketika suspek dikejar, sekali gus mengukuhkan kes terhadapnya.

Bagaimanapun, suspek menafikan mencuri sampul derma berkenaan dan mendakwa menyangka ia mengandungi kad maklumat mengenai pusat urut itu, yang kononnya ingin digunakan untuk membuat aduan berhubung ‘perkhidmatan yang tidak memuaskan’.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN