WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa sekutu rapatnya Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tiada pilihan selain bersetuju dengan pelan gencatan senjata di Gaza. Trump mendakwa, Netanyahu pada awalnya berbelah bahagi dengan langkah tersebut, namun beliau meyakinkan pemimpin itu kononnya keputusan tersebut adalah peluang untuk Israel mencapai kemenangan. Keputusan ‘terdesak’ Netanyahu itu dibuat selepas perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin berkenaan pada Jumaat lalu. “Netanyahu bertindak terlalu jauh di Gaza…










