DI sebalik ketegangan di Laut China Selatan, rundingan mengenai Kod Tatakelakuan (COC) di kawasan berkenaan masih berjalan sehingga kini dan belum dimuktamadkan. Kalau bersandarkan kepada kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini, rundingan melibatkan ASEAN dan China menuju ke arah positif dengan keyakinan terhadap komitmen negara anggota yang terlibat serta mampu dimuktamadkan dalam masa terdekat. Ramai ternanti-nanti seandainya ada berita baik mengenai COC dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47…










