SIPITANG: Seorang murid perempuan cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul oleh murid lain, di sebuah sekolah rendah di daerah ini, pagi tadi. Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pagi 11 pagi itu tular di media sosial selepas gambar mangsa dimuat naik bersama dakwaan murid itu dipukul menggunakan tali pinggang. Gambar yang tular menunjukkan mangsa berada di dalam kenderaan sambil memegang bahagian kepalanya yang berdarah. Difahamkan, mangsa yang berpakaian seragam sekolah itu…