Masyarakat antarabangsa perlu beri tekanan kepada Israel

Masyarakat antarabangsa perlu beri tekanan kepada Israel

Tekanan Israel
ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: UMNO menggesa kerajaan dan masyarakat antarabangsa memberi tekanan terhadap rejim Zionis bagi mendapatkan pembebasan segera sukarelawan kemanusiaan termasuk rakyat Malaysia yang ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan rejim Israel menahan sukarelawan yang membawa bantuan tersebut bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan sejagat.

“Sukarelawan yang terlibat tidak boleh dizalimi dalam apa juga bentuk. Sebagai rakyat Malaysia, kita harapkan bukan sahaja doa, tetapi tindakan kerajaan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengeluarkan kenyataan keras mendesak masyarakat antarabangsa memastikan keselamatan rakyat kita yang ditahan.

“Kita mahu mereka dibebaskan segera,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2025, di sini hari ini.

Tambahnya, negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel bangkit perlu mengutuk kekejaman rejim Zionis.

Asyraf Wajdi berkata, sukarelawan berkenaan hanya membawa makanan, ubat-ubatan dan susu bayi untuk rakyat di Gaza yang kebuluran.

“Mereka tidak membawa senjata. Mereka hanya membawa bekalan asas untuk rakyat yang sedang diganyang rejim Zionis,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, isu tersebut akan dibawa dan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok.

Pagi tadi, Utusan Malaysia melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengecam tindakan Israel menyekat misi bantuan GSF ke Gaza.

Zahid berkata, tindakan itu menunjukkan wajah sebenar rejim zionis yang tidak menghormati undang-undang dan sanggup menindas usaha kemanusiaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN