KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menerima pemberian sebidang tanah daripada kerajaan Timor-Leste bagi pembinaan bangunan Kedutaan Malaysia di negara berkenaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tanah tersebut terletak di lokasi strategik berhampiran Kementerian Luar Timor Leste berhadapan jalan utama. “Lokasinya cukup ‘premium’ kerana terletak bersebelahan dengan Kementerian Luar, di hadapan jalan utama dan pantai. “Saya sendiri berpeluang melihat kawasan itu semasa lawatan ke Timor Leste pada…










