KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan penghargaan kepada semua negara ASEAN dan rakan dialog antarabangsa atas sokongan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejayaan berkenaan merupakan hasil kerjasama erat pelbagai pihak yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025. “Saya merakamkan penghargaan kepada semua Ketua Negara dan Ketua Kerajaan negara anggota ASEAN dan rakan sejawat Menteri Luar. “Tidak dilupakan rakan…










