PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan kadar kelahiran terendah sejak tahun 1980 apabila merekodkan 414,819 kelahiran pada 2024. Kadar kelahiran itu menunjukkan penurunan sebanyak sembilan peratus berbanding 455,761 kelahiran yang direkodkan pada tahun 2023. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah kelahiran bayi lelaki direkodkan melebihi bayi perempuan, iaitu masing-masing dengan 213,919 dan 200,999. “Penurunan bilangan kelahiran ini telah mengakibatkan kadar kelahiran kasar (CBR) turut merekodkan penurunan daripada 13.6…