KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan, majlis makan malam sempena pelancaran Global Travel Meet, baru-baru ini yang melibatkan hidangan arak dianjurkan oleh pihak swasta. Menurutnya, memang pada awal kementeriannya merupakan penganjur utama majlis tersebut tetapi ada pihak swasta yang kemudiannya menyatakan hasrat untuk mengambil alih penganjurannya. Katanya, ini kerana pemain industri dan sektor swasta terlibat menyedari boleh memperoleh urus niaga perniagaan yang besar…