LIPIS: Daerah ini yang terdiri daripada dua cabang sungai utama iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis disasarkan menjadi Hab Geopelancongan Pahang menjelang 2030. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, potensi dan tarikan istimewa di laluan pertemuan dua sungai di Kampung Tanjung menjadikannya model komuniti geopark pertama di daerah ini. Beliau berkata, keunikan landskap semula jadi, warisan budaya dan tapak geologi memberi kelebihan besar untuk diterjemah sebagai destinasi…