Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam bilik - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam bilik

Yusharifuddin Mohd Yusop
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terduduk di lantai bilik rumahnya di Kampung Alor Pulai, Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 45 tahun itu daripada jirannya sekitar pukul 9.40 malam.

Beliau berkata, susulan itu, polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat mayat lelaki ditemukan dalam keadaan terduduk belakang pintu sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Hasil temubual dengan jiran lelaki itu turut memaklumkan bahawa si mati tinggal bersama dengan emak dan seorang kakak yang merupakan orang kurang upaya (OKU),” katanya di sini, hari ini.

Yusharifuddin berkata, siasatan awal pada mangsa dan lokasi rumah berkenaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.

Katanya, kali terakhir si mati dilihat oleh jirannya adalah pada malam Khamis lepas dan sejak itu, dia dipercayai hanya berada di dalam biliknya sahaja.

“Mayat si mati juga telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Tunku Fauziah (HTF) bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan buat masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN