Lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta terjunam dalam sungai

Lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta terjunam dalam sungai

TANGKAP layar video tular memaparkan sebuah kereta terjunam ke dalam sungai di pekan Pagoh, Muar, Johor petang tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan sebelum terjunam ke dalam Sungai Panchor, di pekan Pagoh di sini hari ini.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I Nor Alfatah Omar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 2.47 petang.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna hitam terjunam ke dalam sungai akibat kemalangan. Maklumat daripada saksi di tempat kejadian terdapat mangsa masih dalam kenderaan dipercayai pemandu kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Nor Alfatah, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa masih lagi sedang giat dilakukan dan identiti mangsa setakat ini masih belum diketahui.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh dibantu Pasukan Penyelamat Di air (PPD) dari BBP Muar dikejarkan ke tempat kejadian bersama tiga buah jentera dan sebuah bot fiber dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 5 kilometer. .-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN