FLORIDA: Seorang lelaki ditahan selepas membunuh, memasak dan memakan dua ekor burung merak peliharaannya akibat perselisihan dengan jirannya, menurut pihak berkuasa. Craig Vogt, 61, ditahan pada 23 September lalu dan didakwa dengan pertuduhan jenayah keganasan terhadap haiwan. Vogt dipercayai meninggalkan surat di peti surat jirannya, memaklumkan dia membunuh dua ekor meraknya kerana jiran terus memberi makan burung-burung itu, menurut afidavit Pejabat Sheriff Daerah Pasco. Dalam afidavit sama, Vogt menceritakan dia…