Kucing, kambing berisiko terkena jangkitan rabies-JPV - Utusan Malaysia

Kucing, kambing berisiko terkena jangkitan rabies-JPV

AIDA Muhid (kanan) melihat Hilmi Abdullah melakukan gimik perasmian Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2025 di Tunjong, Kelantan hari ini.-IHSAN JPV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan haiwan peliharan seperti kucing dan kambing berisiko terkena jangkitan rabies seperti anjing jika tidak diberi vaksinasi.

Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar Dr. Aida Muhid berkata, ia berpandukan kepada dapatan kajian yang menunjukkan hampir 50 peratus kes rabies dikesan pada kucing di Sarawak.

Katanya, situasi itu memberi isyarat haiwan tersebut turut berisiko tinggi terkena jangkitan.

“Di Sarawak, rabies sudah menjadi endemik dan kami sedang giat menjalankan vaksinasi serta kempen kesedaran kepada komuniti. Sebab itu kita memberikan tumpuan kepada haiwan lain termasuk kucing dan kambing

“Walaupun kes rabies di negara ini masih terkawal, kempen kesedaran dan vaksinasi tetap digiatkan sebagai langkah berjaga-jaga ke arah menjadikan Malaysia bebas rabies menjelang 2030,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2025 yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah di Tunjong di sini hari ini.

Dr. Aida memberitahu, pemilik haiwan diingatkan supaya sentiasa berhemah dengan memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin dan tidak berkeliaran tanpa kawalan.

Katanya, sehingga September lalu, sebanyak 13,612 ekor anjing telah divaksin di seluruh negara, manakala bagi tempoh sama di Sarawak sahaja direkodkan 46 kes rabies.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN