Keluarga sebak, peminat terus kirim doa buat arwah Rambo Castello

Keluarga sebak, peminat terus kirim doa buat arwah Rambo Castello

WAN Munadi Wan Mamat (empat kiri) bersama rombongan semasa menyerahkan sumbangan Ahli Skim Emas kepada keluarga Rambo Castello di Jeli, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Keluarga kepada pempengaruh media sosial, Rambo Castello atau nama sebenarnya Ahmad Radzli Che Ngah sebak apabila peminat tidak putus-putus menitipkan doa walaupun Allahyarham sudah meninggal dunia akibat serangan jantung di Yogyakarta, Indonesia minggu lalu.

Anaknya, Hafizul Fazli Ahmad Radzli, 30, berkata, sehingga hari ini keluarga masih menerima kiriman doa buat Allahyarham bapanya selain turut memberi kata-kata semangat.

“Arwah Abah banyak buat perkongsian di media sosial tentang kehidupan yang sarat dengan pesanan secara santai.

“Selain itu, arwah abah gemar berkongsi aktivi mengaji Al-Quran bersama pengikutnya,” katanya kepada pemberita selepas menerima manfaat Ahli Skim Emas yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Ahmad Yani Muhammad sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Asiah (tengah) bersama empat orang anaknya ketika menerima manfaat Ahli Skim Emas YGMB.

Mengulas lanjut, Hafizul Fazli memberitahu, dia dan keluarga tidak mengetahui arwah bapanya merupakan ahli YGMB.

“Saya berterima kasih kepada YGMB kerana menjadi wakil pertama daripada pertubuhan yang datang menyalurkan sumbangan dan manfaatkan,” ujarnya.

Sementara itu Wan Munadi mengakui terkesan dengan pemergian Rambo Castello yang merupakan pempengaruh terkenal dalam kalangan masyarakat termasuk pendidik.

“Kebanyakan kandungan yang dihasilkan oleh Allahyarham sarat dengan ilmu-ilmu bermanfaat kepada masyarakat. Walaupun celotehnya nampak lucu, namun bila dialami ia penuh dengan ilmu yang boleh dijadikan sebagai amalan dan pedoman,” ujarnya.

Wan Munani berkata, Ahli Skim Emas yang diperkenalkan YGMB pada 2021 itu memberi penghargaan kepada warga pendidik menerusi 10 jenis manfaat kepada ahli yang masih aktif dalam profesion perguruan dan juga mereka yang sudah bersara.

Utusan Malaysia 17 Oktober lalu melaporkan, pempengaruh TikTok Rambo Castello yang terkena serangan jantung di Indonesia sebelum ini meninggal dunia awal pagi tadi.

Rambo Castello yang merupakan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli, menghembuskan nafas terakhirnya disamping isteri Asiah Abdullah, 55, dan anaknya Hafizul Fazli Ahmad Radzli, 30, semasa menerima rawatan di Rumah Sakit Sardjito, Yogyakarta.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN