Kanak-kanak maut selepas terkurung tiga jam kereta

Kanak-kanak maut selepas terkurung tiga jam dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dipercayai terkena strok haba selepas terkurung selama tiga jam dalam kereta di Tanah Putih di sini semalam.

Kejadian yang menimpa anak bongsu daripada dua beradik itu berlaku semasa ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan keluar menikmati sarapan pagi dan pulang semula ke rumah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 3.50 petang semalam.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Gua Musang mendapati punca mangsa meninggal dunia akibat strok haba. Kes diklasifikasikan sebagai maju mengejut dan siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini yang mana boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Katanya, beliau turut menasihatkan ibu bapa memastikan keselamatan anak-anak dibawah jagaan sentiasa dibawah pemantauan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN