Jung Sung Il bercerai - Utusan Malaysia

Jung Sung Il bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Rumah tangga Jung Sung Il yang berusia 9 tahun berakhir apabila pelakon itu disahkan bercerai baru-baru ini.

Perkembangan itu dikongsi pihak pengurusannya, XYZ Studio hari ini.

“Selepas berbincang, Jung Sung Il dan isterinya mengambil keputusan untuk berpisah.

“Keputusan itu dibuat atas kesepakatan bersama. Mereka bagaimanapun kekal bersahabat dan akan bersama-sama membesarkan anak mereka meskipun bukan lagi bergelar suami isteri,” katanya.

Sung Il mendirikan rumah  tangga pada tahun 2016 dengan isterinya yang bukan dalam kalangan orang seni. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN