KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan memantau penjualan Budi Madani RON95 di pos penempatan Orang Asli di Gua Musang bagi mengelakkan ketirisan kepada warga asing. Pengarahnya Azman Ismail berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan peniaga yang terlibat dengan penyelewengan itu. Katanya, Pos Brooke dan Kuala Betis merupakan dua lokasi yang menyediakan kemudahan tersebut untuk dinikmati oleh 15,000 masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan. “Walaupun…