KUALA LUMPUR: Isu penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) hingga menimbulkan kebimbangan terhadap penyebaran berita palsu dan manipulasi maklumat dijangka menjadi antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman web rasmi Parlimen, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman, akan meminta penjelasan daripada Menteri Komunikasi berhubung langkah kerajaan membendung penyalahgunaan teknologi AI seperti deepfake dan chatGPT yang boleh menjejaskan keselamatan awam serta…