KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kematian dua kanak-kanak baru-baru ini mempunyai kaitan dengan jangkitan virus influenza A. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kedua-dua kanak-kanak berkenaan iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Samarahan dan seorang lagi berusia 11 tahun di Terengganu disahkan positif virus berkenaan. Bagaimanapun katanya, punca sebenar kematian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan sama ada influenza menjadi faktor utama. “Ya, ada…