KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bercadang menjadikan Hari Muzik Negara sebagai sambutan nasional bagi memperkukuh industri muzik tempatan. Menterinya, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menghargai dan meraikan sumbangan pemuzik tanah air, selain memperkukuh ekosistem muzik secara menyeluruh. Katanya, meskipun pelbagai majlis anugerah muzik telah diadakan saban tahun, sambutan Hari Muzik Negara akan menjadi platform menyatukan semua genre dan penggiat muzik dalam satu acara…










