MANILA: Gempa bumi sederhana kuat hari ini melanda berhampiran bandar pergunungan utara Filipina yang dihuni ratusan ribu penduduk, memaksa orang ramai keluar daripada bangunan dan menyebabkan penutupan sekolah. Pekerja bergegas keluar daripada bangunan pejabat di bandar yang mempunyai 366,000 penduduk berikutan gempa bumi cetek pada 10.30 pagi (waktu tempatan), menurut penduduk kepada AFP. Kejadian itu berlaku 10 hari selepas gempa bumi kuat yang mengorbankan lebih 70 nyawa di tengah Filipina.…











