KOTA BHARU: Penyanyi wanita dari Kelantan, Eda Ezrin akan melancarkan lagu mengenai perjalanan hidupnya semasa menjalani tahanan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand. Penyanyi dengan nama sebenar Wan Noor Norshaheeda Azlin Wan Ismail itu berkata, susunan muzik lagu berjudul Keluhan Hati itu sudah siap dan hanya menunggu proses rakaman suara di studio. “Segala pahit getir yang dialami sepanjang berada di Narathiwat saya terjemahkan dalam bait-bait lirik lagu ini. “Lagu ini cukup…










