SUNGAI PETANI: Dua pelajar lelaki sebuah sekolah, di sini diperintahkan menjalani hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun tanpa cagaran atas kesalahan menyebabkan kecederaan rakan mereka, Julai lalu. Majistret Mohamad Azlan Basri memutuskan perintah berkenaan ke atas dua pelajar tingkatan tiga terbabit menerusi prosiding yang dijalankan secara tertutup. Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu ibu kandung perlu menemani mereka melapor diri di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan, sebulan sekali…










