GEORGE TOWN: Seorang doktor lelaki yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mengaibkan dan mencabul dua pesakit wanita warga asing, Februari lalu. Tertuduh, Goon Hoong Tatt, 43, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi dan Majistret Muhammad Amzar Ismail. Tertuduh yang kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di HPP didakwa dengan niat…