KUALA LUMPUR: Kerajaan membentangkan cadangan belanjawan Persekutuan RM419 bilion untuk 2026 ketika Putrajaya memberi amaran pertumbuhan ekonomi lebih rendah disebabkan perang tarif global, mengimbangi defisit kewangan dan mengelak negara terjerumus hutang tidak terkawal. Kerajaan Madani yang mengambil alih Putrajaya kira-kira tiga tahun lalu tidak memperkenalkan cukai baharu kecuali rokok dan arak, mengekalkan subsidi walaupun ekonomi negara dijangka lebih rendah tahun hadapan akibat permintaan luar yang menurun dan kesan perang tarif…