KOTA BHARU: Seorang lelaki yang berperanan sebagai ‘bapa ayam’ bersama pemilik premis dan pengurus pusat serta empat pekerja seks wanita warga asing direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini membantu siasatan berkaitan aktiviti persundalan.
Selain itu, seorang lelaki warganegara Bangladesh yang menjadi pelanggan turut ditahan bagi membantu siasatan.
Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Muhammad Izzat wan Abdullah.
Tahanan reman ke atas suspek berusia 77 hingga 36 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Sumber polis berkata, kesemua suspek itu ditangkap semasa serbuan dilakukan di Jalan Kebun Sultan pada pukul 11.15 malam.
Katanya, ia dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
“Kesemua pekerja seks yang ditahan itu merupakan tiga adalah warganegara Thailand dan seorang warganegara Vietnam.
“Saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah,” katanya.-UTUSAN
-habis-









