KUALA LUMPUR: Thailand kekal dengan pendirian untuk mempertahankan prinsip multilateralisme dan sistem antarabangsa berasaskan peraturan sebagai asas utama dalam menjamin keamanan serta kestabilan dunia. Timbalan Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Maratee Nalita Andamo berkata, Bangkok percaya hanya melalui multilateralisme dan dialog terbuka, negara-negara dapat menangani pelbagai krisis serantau dengan lebih berkesan termasuk konflik di Gaza, Laut China Selatan dan Ukraine. “Thailand komited terhadap pendekatan berasaskan undang-undang antarabangsa serta menolak sebarang tindakan…










