KUALA LUMPUR: ASEAN bersetuju menubuhkan Kumpulan Kerja Jawatankuasa Teknikal Mesyuarat Pegawai Kanan Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ASEAN (SOMTC) mengenai Pengubahan Wang Haram bagi memperkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang serantau dalam memerangi jenayah rentas sempadan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia termasuk pengubahan wang haram dan jenayah siber canggih seperti penipuan dalam talian. Beliau berkata, penubuhan kumpulan kerja itu merupakan langkah proaktif dan inovatif ASEAN dalam menghadapi bentuk jenayah baharu…










