KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan bercemar duli menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam. Istiadat Pertukaran Panji-panji Seri Paduka Baginda itu merupakan kali pertama diadakan sejak pemerintahan Sultan Ibrahim dan kelazimannya ia dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila terdapat keperluan penggantian panji-panji yang lama dan lusuh. Sultan Ibrahim hadir bersama anakanda-anakanda baginda iaitu Tunku…










