KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 50 individu pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz di sini. Keberangkatan baginda ke Balai Mahkota diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Mendahului senarai tujuh penerima Darjah Kebesaran Sri…










