MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 23 maut di Mexico akibat hujan lebat minggu ini, menurut pihak berkuasa tempatan di seluruh negara semalam. Pihak berkuasa pertahanan awam Mexico melaporkan hujan lebat di 31 daripada 32 negeri, dengan kawasan paling terjejas adalah Veracruz di timur, Queretaro dan Hidalgo di tengah serta San Luis Potosi di bahagian utara-tengah negara itu. Di negeri Hidalgo, 16 kematian dilaporkan dan 1,000 rumah terjejas. Lima kematian direkodkan di negeri…