Masakan tradisional kurma Perlis dilancar

Masakan tradisional kurma Perlis dilancar

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan produk Kurma Daging Perlis dan Kurma Ayam Perlis di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Produk masakan tradisional kurma Perlis mencipta sejarah dengan pelancaran dua hidangan utama istimewa Kurma Daging Perlis dan Kurma Ayam Perlis, hari ini.

Kedua-dua hidangan itu bukan sekadar juadah, tetapi manifestasi seni masakan tradisional Perlis yang diwarisi turun-temurun.

Ia dirumus daripada adunan rempah asli dan diolah semula dengan sentuhan inovasi moden bagi menepati cita rasa pengguna masa kini tanpa menjejaskan keaslian dan keharuman rempahnya yang unik.

Majlis pelancaran rasmi Produk Masakan Tradisional Kurma Perlis disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Inisiatif itu adalah cetusan Tuanku Syed Faizuddin Putra yang berhasrat memperkenal serta memperkukuh promosi masakan autentik dan produk tempatan Negeri Perlis khususnya melalui kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) agar terus gah dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis pelancaran itu adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Perlis dan RG Food Industries Sdn. Bhd. (RGFI). Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan serta Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN