BAGAN SERAI: Seramai 2,922 orang mangsa banjir daripada 993 keluarga di empat daerah di Perak masih ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 2,051 orang daripada 721 keluarga di 19 PPS yang masih beroperasi. Di daerah Manjung, sebanyak 570 mangsa daripada 187 keluarga berlindung di empat buah PPS…










