KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di 200 buah asrama sekolah bermula 13 Oktober ini bagi menangani gejala buli. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pemilihan lokasi pemasangan dibuat berdasarkan khidmat nasihat Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) serta hasil lawatan mengejut (spot check) yang dijalankan bagi menilai tahap keselamatan asrama dan sekolah. “Langkah ini diambil bagi memastikan…