18 kampung sertai pertandingan rakit berhias di Parit Sulong

18 kampung sertai pertandingan rakit berhias di Parit Sulong

SEBAHAGIAN daripada rakit yang menyertai pertandingan rakit berhias di Sungai Simpang Kiri, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.s– UTUSAN/Adnan Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Sebanyak 18 buah kampung di Parit Sulong menyertai pertandingan rakit berhias bersempena sambutan Pesta Air di Jeti Sungai Simpang Kiri di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan berkata, pertandingan julung kali diadakan itu adalah usaha memberikan maklumat khususnya generasi muda tentang kegunaan sungai sebagai jalan penghubung masyarakat pada zaman dahulu.

Katanya, idea untuk me­ngadakan pertandingan itu juga telah dipersetujui oleh semua ketua kampung yang mahu menjadikannya ia sebagai tarikan kepada orang ramai.

“Pertandingan ini juga sebagai bukti kemuafakatan penduduk kampung di kawasan Parit Sulong ini dalam menjayakan setiap program yang dirancang.

“Rakit-rakit yang siap dipasang lampu ini akan diletakkan di jeti ini selama seminggu bagi membolehkan orang ramai dari dalam dan luar daerah untuk mencuba menaikinya pada waktu siang atau malam,”katanya.

Menurut Zulkarnain, kedatangan orang ramai di pekan Parit Sulong kelak juga secara tidak langsung mampu memberikan limpahan rezeki kepada peniaga-peniaga makanan.

Ujarnya, sambutan amat baik daripada penduduk dijangka memberikan ruang kepada pihaknya untuk menjadikan Pesta Air itu sebagai acara tahunan ditambah pelbagai aktiviti lain agar lebih meriah.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN