NARATHIWAT (THAILAND): Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk tiga anggota polis cedera dalam insiden letupan bom di hadapan sebuah kedai kopi di Jalan Ramkomut-Yingo di sini pagi tadi. Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, anggota polis yang cedera ialah Sarjan Mejar Suron Daoh dan Sarjan Diloktham Nuduk manakala identiti seorang masih belum dapat dikenal pasti. Lapan orang awam yang cedera ialah Harun Jehko, 22; Muhammad Saifu Sani, 29 Panida Nilong, 30; Ahsan…