PETALING JAYA: Sindiket penipuan kini dikesan memperdaya mangsa dengan menghantar nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kad kredit dan debit bagi ‘merompak’ wang dalam bank dengan jumlah tertentu. Difahamkan, scammer akan cuba masuk ke akaun perbankan dalam talian atau memasukkan nombor kad bank secara rawak sebelum mangsa menerima notifikasi TAC melalui mesej atau notifikasi perbankan bagi memaklumkan wang ditolak. Malah, mesej itu dilihat seakan sama dengan notifikasi yang dihantar pihak bank…