Trump kecewa dengan Netanyahu, tetapi pilih berdiam

Trump kecewa dengan Netanyahu, tetapi pilih berdiam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Walaupun dianggap sebagai sekutu rapat, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilaporkan marah dan kecewa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), Trump didakwa kesal dengan tindakan Netanyahu selepas serangan udara Israel terhadap perunding Hamas di Qatar, yang hanya dimaklumkan kepadanya beberapa jam selepas operasi bermula.

Dalam mesyuarat bersama pegawai kanan, termasuk Setiausaha Negra, Marco Rubio, Trump dilaporkan menuduh Netanyahu mengkhianatinya.

Beliau turut mengungkapkan rasa kecewa terhadap tindakan pemimpin ekstremis itu yang dibuat tanpa penyelarasan dengan pentadbirannya.

Sumber memberitahu WSJ, Trump berulang kali kecewa dengan sikap Netanyahu, tetapi tidak mampu atau enggan menekan sekutu rapatnya itu.

“Mengapa Trump, yang gemar mendominasi hubungan, sanggup membiarkan Netanyahu terus bertindak bertentangan dengan kehendaknya?” lapor WSJ.

Shalom Lipner, bekas penasihat tujuh perdana menteri Israel yang kini berkhidmat di Atlantic Council berkata, langkah Netanyahu memanjangkan perang di Gaza menyukarkan hubungan Trump dengan sekutu AS di rantau itu, serta menggagalkan usaha Perjanjian Abraham.

Di sebalik komen keras secara peribadi, Trump tidak pernah membuat teguran terbuka.

WSJ melaporkan, kesetiaan politik Trump, ditambah dengan jaringan erat Netanyahu bersama Republikan dan media konservatif AS, menjadikan sebarang tindakan menekan Israel terlalu berisiko.

Netanyahu pula sejak sekian lama digambarkan sebagai tokoh yang mampu mempengaruhi politik AS.

Dalam rakaman video bocor pada 2001, beliau pernah berkata, “Saya tahu apa itu Amerika; Amerika ialah sesuatu yang boleh digerakkan dengan mudah, ke arah yang kita mahu.”- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN