WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencadangkan rangkaian televisyen yang melaporkan berita negatif mengenai dirinya perlu dikenakan tindakan oleh kerajaan. Kenyataan itu dibuat selepas beliau menyokong tindakan rangkaian berita AS, ABC, menggantung hos rancangan lewat malam, Jimmy Kimmel. Beliau berkata, 97 peratus rangkaian televisyen utama AS menentangnya, walaupun tidak memberikan bukti untuk menyokong angka itu. “Mereka hanya beri liputan buruk mengenai saya. Maksudnya, mereka mendapat lesen, dan saya rasa…