Tindakan Russia ceroboh ruang udara langgar kedaulatan Romania

Tindakan Russia ceroboh ruang udara langgar kedaulatan Romania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Romania semalam mengecam keras tindakan pencerobohan sebuah dron Russia ke ruang udaranya ketika serangan ke atas negara jiran, Ukraine, sekali gus memanggil Duta Moscow ke Bucharest berhubung insiden tersebut.

Pencerobohan itu berlaku hanya beberapa hari selepas anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) lain, Poland, mendakwa berjaya menembak jatuh dron Russia yang melanggar ruang udaranya ketika Moscow melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Ukraine.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menuduh Kremlin sedang menguji Romania serta mahu membawa peperangan ke Poland dan negara-negara Baltik melalui siri pencerobohan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu pada Ahad, Romania yang juga anggota NATO menegaskan tindakan Moscow itu menjadi cabaran baharu terhadap keselamatan di Laut Hitam.

Menteri Luar, Oana Toiu mengumumkan Duta Russia ke Bucharest, Vladimir Lipaev dipanggil ke kementerian berhubung insiden dron yang berlaku Sabtu lalu.

Selepas pertemuan, Kementerian Luar Romania dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya menyampaikan bantahan keras terhadap tindakan tidak boleh diterima dan tidak bertanggungjawab itu yang jelas melanggar kedaulatan negara.

“Kejadian berulang seperti ini hanya akan meningkatkan risiko pemindahan dan mengancam keselamatan serantau,” jelas kenyataan itu sambil menegaskan Moscow diminta segera mengelakkan sebarang pelanggaran pada masa hadapan.

Poland sebelum ini turut mengecam tindakan pencerobohan dron Russia ke ruang udaranya dan menggesa Moscow supaya menghentikan sebarang bentuk provokasi.

Jet pejuang Poland turut dikerahkan pada Sabtu susulan serangan dron baharu Russia di kawasan sempadan Ukraine.

Sejak Moscow menghantar tenteranya ke Ukraine, beberapa serpihan dron telah jatuh di wilayah Romania, terutama ketika Russia memperhebat serangan ke atas pelabuhan Ukraine.

Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Pertahanan Romania menegaskan bahawa pihaknya mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab Russia serta menekankan ia mewakili cabaran baharu terhadap keselamatan dan kestabilan serantau di Laut Hitam.

Kementerian itu turut menambah insiden sebegini membuktikan bahawa Russia tidak menghormati undang-undang antarabangsa.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×