KUALA PILAH: Berbekalkan semangat dan hasrat arwah bapa yang ingin legasi pembuatan roti disambung oleh anak-anaknya, seorang pemuda kini cekal memikul tanggungjawab tersebut. Muhammad Syuaib Muhammad Hassan Khan, 23, berkata, legasi pembuatan roti keluarganya bermula daripada arwah datuknya yang mula membuat roti sekitar tahun 1974 lalu disambung pula oleh bapa saudara dan arwah bapanya. “Legasi pembuatan roti ini bermula daripada arwah datuk sejak tahun 1974. Selepas datuk meninggal dunia, bapa…