KOTA BHARU: Polis menahan seorang peniaga kedai runcit dipercayai menjadi ahli sindiket pengedaran dadah selepas merampas ketulan syabu bernilai RM6.53 juta yang disorokan di dalam kawasan semak di Kampung Kasar, Pasir Mas di sini pada 25 Ogos lalu. Rampasan itu dilakukan polis selepas menahan suspek berusia 27 tahun semasa berada di premisnya yang terletak beberapa kilometer dari lokasi penemuan dadah tersebut. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk…