KUALA LUMPUR: Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mesti kekal sebagai peringatan jelas terhadap kegagalan mekanisme pengawasan, tatakelola dan tadbir urus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skandal bernilai berbilion ringgit itu bukan sekadar melibatkan kerugian kewangan, tetapi turut mendedahkan kelemahan sistemik dalam aspek kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti institusi. Beliau berkata, situasi itu perlu dilihat sebagai satu cabaran dan berusaha menyelamatkan negara daripada penyelewengan besar seperti itu. “Kita telah menyaksikan…