Sistem AI bantu tumpas penyeludupan dadah di Thailand

Sistem AI bantu tumpas penyeludupan dadah di Thailand

POLIS Thailand merampas lebih 3.7 juta pil methamphetamine dan 100 kg syabu yang disorok dalam trak pikap berisi kubis.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHIANG MAI: Sistem pengecaman nombor plat kenderaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) membantu polis Thailand menumpaskan cubaan penyeludupan dadah besar-besaran.

Pihak berkuasa merampas lebih 3.7 juta pil methamphetamine dan 100 kilogram (kg) syabu yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan pikap berisi kubis.

Suspek, Anusorn ‘Sanook’ Masuk, 24, diberkas di daerah San Sai pada Sabtu, selepas sistem tersebut mengesan pergerakan mencurigakan sebuah trak pikap berwarna kelabu di wilayah Chiang Mai dan Lamphun.

Hasil operasi tersebut diumumkan Gabenor Chiang Mai, Thossaphol Phuean-udom, bersama Ketua Polis Wilayah, Leftenan Jeneral Kritthaphon Yeesakorn, kelmarin.

“Polis mula menjejaki kenderaan itu pada 13 September selepas sistem AI mengesan pergerakannya melalui Chiang Dao, Mae Taeng, San Sai, Saraphi dan Lamphun.

“Trak Isuzu kelabu yang ditutup kanvas itu kelihatan sarat dengan muatan, disertai sebuah lagi Isuzu kelabu bernombor pendaftaran Bangkok yang dipercayai bertindak sebagai kenderaan pengiring,” katanya.

Pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan 3.73 juta pil methamphetamine dan 100 kg syabu yang disembunyikan di bawah timbunan kubis di ruang belakang trak.

Menurut polis, suspek dipercayai anggota rangkaian penyeludupan dadah sama dalam rampasan besar dua tahun lalu, apabila seorang individu digelar Tiger ditahan kerana cuba menyeludup enam juta pil methamphetamine dan 30 kg syabu yang disorok dalam trak kubis.

Kritthaphon berkata, penangkapan itu membuktikan keberkesanan AI yang dibangunkan Polis Wilayah 5 meningkatkan pemantauan dan memperhebat tindakan terhadap operasi penyeludupan dadah rentas sempadan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×