PETALING JAYA: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini untuk menegaskan pendirian negara berhubung isu Gaza serta serangan Israel ke atas Qatar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia komited membawa suara solidariti terhadap Palestin di platform serantau itu bagi menarik perhatian pemimpin kuasa besar dunia. “Pada pertemuan dengan Presiden Trump, kita akan gunakan kesempatan…