Siapa calon PN ganti Hajiji?

Siapa calon PN ganti Hajiji?

Ketua Pembangkang
HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa sudah mempunyai calon untuk menggantikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sekiranya Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagaimanapun enggan mendedahkan sosok yang akan menjadi sandaran kempen PN, sebaliknya memberi jaminan individu tersebut adalah orang tempatan dari negeri itu.

Beliau berkata, sosok pemimpin itu akan didedahkan beberapa hari menjelang PRN.

“Sudah pasti (kita sudah ada calon Ketua Menteri Sabah). Nasib negara ini bergantung di tangan generasi muda seperti Hilman (Ketua Armada).

“Semua tokoh di hadapan ini mereka bersama kesemua kepimpinan di Sabah mampu mengambil alih serta memperjuangkan masa depan rakyat lebih baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perasmian Sayap-Sayap Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025, semalam.

Hamzah berkata, kepimpinan parti pasti akan turun padang ke Sabah untuk membantu kempen PN di negeri itu.

“Kita sudah banyak kali turun ke Sabah untuk meninjau akan sokongan daripada rakyat dan pengundi Sabah. Insya-Allah, saya merasakan ada peluang untuk kita bertapak di Sabah adalah amat besar,” tambahnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Bersatu sudah mempunyai senarai calon untuk PRN Sabah yang bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, senarai itu sudah dihantar kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala laporan mengenai perician kerusi termasuk jumlahnya telah dibentangkan oleh Naib Presiden dan juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN