WASHINGTON: Sekumpulan Senator Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Parti Demokrat mengemukakan satu resolusi bagi mendesak Rumah Putih mengiktiraf negara Palestin. Resolusi tidak mengikat yang dibawa oleh Senator Jeff Merkley dari Oregon itu dibuat menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 23 September, di mana beberapa negara dijangka menyatakan pengiktirafan terhadap Palestin. Di Dewan Perwakilan, Ahli Kongres Demokrat dari California, Ro Khanna turut mengemukakan cadangan undang-undang yang…